Wednesday, January 23, 2008

Zamri Nanyan

Saya terbaca artikel satu artikel dari Zamri Nanyan mengenai Senarai Nama dan ingin berkongsi maklumat mengenainya yang bukan saja memanfaatkan saya tetapi anda juga. :)

Membina “Senarai Nama” Di Internet Untuk MLM Anda
oleh Zamri Nanyan

Saya pasti anda akan diberikan tugasan untuk membuat senarai nama prospek anda sekiranya anda menceburi sebarang MLM. Saya tahu kerana pada permulaan saya berkecimpung di dalam MLM konvensional, itulah yang diajar kepada saya.

Anda akan disuruh menyenaraikan 100 nama rakan dan ahli keluarga terdekat untuk dihubungi bagi mempromosikan perniagaan MLM ini.

Dan jika anda sudah kehausan prospek, barulah anda memulakan cara lain untuk mencari prospek atau bakal pelanggan.

Namun begitu, bagaimanakah anda membuat senarai nama di Internet dan apakah alatan yang diperlukan?

Pertama sekali anda perlu tahu bahawa mencari prospek adalah perkara yang paling penting di dalam perniagaan MLM ataupun perniagaan Internet - lebih-lebih lagi sekiranya perniagaan anda lebih kepada menjual produk affiliate/MLM atau produk sendiri.

Sekiranya anda dapat mengumpul sebanyak mungkin senarai nama prospek, kebarangkalian untuk anda berjaya adalah tinggi tetapi perlu juga diingatkan bahawa ada banyak pengusaha bisnes di Internet menggunakan cara yang tidak beretika semasa mencari prospek.

Sebagai contoh, mengaut nama dan email orang yang “entah dari mana-mana” dengan menggunakan sebuah perisian dan mengahantar email kepada mereka. Inilah yang dinamakan “spam” dan silap haribulan, bisnes anda akan diberhentikan oleh syarikat MLM anda kerana terlalu banyak komplen yang menyatakan anda melakukan pemasaran email tidak beretika.
Bagaimanapun, di sini saya ada jawapan kepada pemasaran email yang terbukti efektif dan semestinya beretika.


Peralatan pertama dan juga merupakan senjata maut anda di dalam membuat senarai nama dan juga pemasaran MLM anda di Internet ialah “AUTORESPONDER”.

Tetapi bukan sekadar autoresponder biasa tetapi autoresponder yang membolehkan anda mengumpul nama dan email prospek, menghantar beberapa email kepada prospek anda secara automatik dan juga membenarkan anda menghantar email pada bila-bila masa kepada semua prospek anda sekali gus.

Dengan menggunakan autoresponder, semua pengendalian penghantaran email dan promosi MLM anda akan menjadi lebih teratur dan ada kalanya promosi anda berjalan secara autopilot tanpa memerlukan anda menghubungi prospek anda secara manual. Jadi, tak mustahil sekiranya jika anda menggunakan autoresponder yang baik, anda dapat mendaftar ahli baru ke dalam MLM anda walaupun anda sedang tidur nyenyak di siang hari.

Ada kalanya syarikat MLM anda menyediakan perkhidmatan autoresponder kepada anda (sekiranya MLM anda menggunakan Internet) dan apa yang anda perlu lakukan ialah mempromosikan laman web yang membolehkan prospek anda meninggalakan nama dan email mereka untuk dihubungi oleh syarikat MLM anda bagi pihak anda.

Di sini sekiranya anda tidak berminat untuk membina sistem mengumpul senarai nama anda sendiri, anda boleh menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat MLM anda.
Apa yang perlu anda buat adalah cuma mempromosikan laman web yang berfungsi untuk mengumpul nama dan email prospek anda dan lakukan promosi tersebut secara besar-besaran.
Sekiranya anda seperti saya, anda mungkin ingin membina laman web untuk memulakan senarai nama anda sendiri dan anda bolehlah melanggan perkhidmatan autoresponder di laman web berikut:


http://go.aweber.com
http://getresponse.com

Tanya kepada saya sekali lagi “apakah senjata maut di dalam online MLM?” dan saya akan berikan jawapan “autoresponder” pada bila-bila masa.

1 comment:

Anonymous said...

Tahniah Reen..Perkongsian yg cukup hebat, semoga usaha kita utk berjaya dlm bidang perniagaan memberikan hasil & pulangan sebagaimana yg kita harapkan..InsyaAllah..Salam Sukses